Thursday, December 16, 2010

AKTIVITI PPM SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2010

Salam Ukhwah...

Kali ini entri berkisarkan aktiviti yang dilakukan oleh PPM sepanjang cuti akhir tahun. Minggu pertama dan kedua mereka menukar alas meja pelajar dan guru. Minggu ketiga membantu guru penyelaras dalam menyediakan jadual waktu kelas dan persendirian. Minggu keempat mereka menjalankan aktiviti kebersihan, termasuklah mencabut rumput dan membersihkan tapak pertanian, mengecat kabinet, membersihkan kelas.


Gambar-gambar dibawah diambil sepanjang aktiviti berlangsung. PPM yang terlibat cuma Pn. Nor Haida dan Pn. Nazila. Manakala PPM Pn. Nor Aklima masih lagi bercuti kerana melahirkan anak.

Sunday, December 5, 2010

HARI Q KELAS PENDIDIKAN KHAS

Salam Ukhwah...

Sebenarnya agak terlambat untuk kami publish post tentang hari kualiti peringkat kelas bagi PPKI SMKSP tahun 2011.

Di bawah ini kami sediakan gambar-gambar sepanjang hari Q berlangsung...


Salam Ma'al Hijrah 1432H


Selamat Menyambut Tahun Baru Islam ke 1432H dari warga SMK Seri Pengkalan...walaupun sibuk bercuti blog pasti update.........

hayatilah kata-kata ini...

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

p/s jangan lupa untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun....



Tuesday, November 23, 2010

TERIMA KASIH PELAWAT DARI SMK MALIM KE PPKI SMK SERI PENGKALAN

Selamat Datang pelawat dari SMK MALIM...


Terima Kasih....

Wednesday, November 10, 2010

Boling Peringkat Negeri Melaka- MITC


Lawahnya Datin muda nie....suka Pei Yin bergambar dengan Datin ek



Inilah guru yang berusaha keras untuk memastikan Pei Yin menang....Good Job


Rakan-rakan Pei Yin



TAHNIAH KEPADA YAU PEI YIN KERANA MEMENANGI TEMPAT KE-2 DALAM PERMAINAN BOLING KATEGORI DOWN SINDROME DI MITC - 10 NOV 2010

Wednesday, October 27, 2010

PEPERIKSAAN OH PEPERIKSAAN

Salam...

Bertemu lagi dalam ruangan blog Pendidikan Khas SMKSP. Kali ini entri berkisarkan peperiksaan. Peperiksaan ini berlangsung dari 25 Oktober 2010 hingga 29 Oktober 2010.
Walau bagaimanapun murid-murid pendidikan khas tetap ceria dan bersemangat untuk menjawab peperiksaan yang diberikan.

Semoga kejayaan menyelubungi mereka. Gambar-gambar di bawah diambil semasa peperiksaan berlangsnug.

















Sunday, October 24, 2010

MESYUARAT PERANCANGAN TAKWIM 2011

Salam...

Pada 25 Oktober 2010 iaitu semalam, GPKPK, Penyelaras dan beberapa orang guru pendidikan khas telah bermesyuarat untuk menyediakan perancangan takwim untuk aktiviti yang akan dijalankan pada tahun hadapan iaitu tahun 2011. Taklimat yang berlangsung selepas waktu rehat di hangatkan lagi dengan ubahsuai bilik guru pendidikan khas.


Saksikan gambar-gambar di bawah...