Wednesday, February 16, 2011

LAWATAN KE RUMAH BEKAS PELAJAR DAN GIAT MARA SIMPANG AMPAT

Salam...

Pada hari Isnin yang lalu iaitu 14 Februari 2011, GPK PK, Puan Hazizah Othman, En. Mohd Hadir b. Mahat dan PPM iaitu Pn. Nazila bt Ahmad Nazir telah menjalankan pemantauan terhadap bekas pelajar pendidikan khas iaitu Izzatul Najla b. Abd Aziz, Khalisah bt Baharudin dan Baharudin b. Daud. Pemantauan ini bertujuan untuk meninjau kebolehan mereka bekerja setelah tamat persekolahan. Malah kebolehupayaan mereka sebenarnya diuji ketika mereka bekerja.

Lawatan pertama adalah Kantin Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Di sini kami melihat kebolehupayaan Izzatul Najla dalam mengendalikan tugas sebagai Pembantu Pengusaha Kantin. Tugas beliau ialah menjaga bahagian minuman untuk murid-murid. Selepas tamat sesi waktu rehat, beliau akan bertanggungjawab untuk mengemas meja dan membersihkan pinggan mangkuk yang telah digunakan. Selain itu juga beliau turut berkebolehan menghatar makanan atau minuman yang dipesan oleh guru-guru.


































Lawatan kedua ialah Rumah Bekas Pelajar iaitu Khalisah bt Baharudin. Lawatan ini dijalankan di Bt. 15 1/2, Kg. Lendu. Khalisah kini bekerja sebagai Pengasuh yang mana tanggungjawabnya untuk menjaga dan menguruskan warga OKU. Disamping itu juga beliau bertanggungjawab untuk menguruskan dan menjaga anak buahnya yang masih kecil. Khalisah juga selalu membantu neneknya untuk mengemas rumah dan memasak sementara ibunya keluar menguruskan tugas harian.







Lawatan ketiga adalah ke Giat MARA Simpang Ampat, Alor Gajah. Lawatan ini untuk meninjau 4 orang pelajar yang kini bercuti setahun bagi mengikuti kursus Teknologi Automotif. Kursus ini adalah untuk memberi mereka pendedahan tentang enjin kereta dan bagaimana untuk membaiki enjin kereta yang rosak. Kursus yang dijalankan adalah untuk tempoh setahun. Pelajar yang mengikuti kursus ini dimestikan untuk lulus ujian yang dijalankan secara praktikal dan teori dengan perlumenghabiskan 20 modul dan lulus dengan kutipan CGPA 3.5 ke atas. Pelajar juga berpeluang untuk mengikuti kursus diperingkat yang lebih tinggi sama ada ke UNIKL atau IKM.

Walaubagaimanapun mereka perlu mendapatkan keputusan cemerlang dan mesti mengambil peperiksaan SPM untuk mengikuti kursus di UNIKL yang bertaraf Diploma. Manakala kursus yang diikuti di IKM perlu mendapat keputusan cemerlang dan mendapat sokongan daripada Pengarah Giat MARA untuk menyambung pengajian di IKM.

Setelah tamat kursus selama 1 tahun pelajar-pelajar ini akan dianugerahkan Sijil Profesional Giat MARA dan perlu mengikuti kursus Keusahawanan. Sekiranya pelajar ini tidak layak untuk menrusakn pengajian diperingkat yang kebih tinggi, mereka boleh memohon untuk meneruskan pengajian disekolah lama. Sepanjang mengikuti kursus pelajar akan diberi elaun RM 200 sebulan. Mereka juga di ajar untuk mengisi kerohanian dengan mewajibkan untuk sembahyang berjemaah pada waktu Zuhur dan Asar. Manakala pada pagi Jumaat pelajar wajib untuk mengadakan bacaan Yaasin dan mendengar tazkirah.







Lawatan keempat ialah Rumah Baharudin b. Daud yang lebih dikenali sebagai Budin. Beliau kini mengusahakan ternakan ikan keli dan juga bercucuk tanam secara kecil-kecilan. Ikan-ikan tersebut selalu dibeli oleh penduduk setempat.




0 sila tinggalkan jejak anda:

Post a Comment