Monday, March 7, 2011

Melawat Reza

Salam?

Minggu lepas hari Rabu (2.3.2011), sempatlah datang ke rumah Reza untuk mengetahui perkembangan terbaru memandangkan reza kerap tidak hadir ke sekolah. Alhamdudilla Reza berada dalam keadaan baik dan begitu gembira apabila melihat kelibat saya dan cikgu Wong Mun Moi. Aktiviti yang biasa dilakukan oleh Reza semasa dirumah selain daripada bermain komputer iaitu menjalani terapi dengan menggunakan mesin yang berharga RM 5,000 yang dibeli oleh bapa beliau. Mesin tersebut digunakan untuk terapi oleh Reza bagi mengurangkan rasa sakit kepala yang kerap dialami olehnya.....Kami berharap Reza akan kembali semula ke sekolah seperti biasa dan bergaul dengan rakan-rakan yang lain...







0 sila tinggalkan jejak anda:

Post a Comment