Sunday, October 24, 2010

AKTIVITI MURID BERSAMA GURU SEMASA PROSES P & P

Salam

Bertemu lagi dalam ruangan blog PK SMKSP. Kali ini entri berkisarkan aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid pendidikan khas bersama guru-guru dalam menjalankan aktiviti P & P.

Ada yang sibuk membersihkan kebun sayuran, menjahit dan menyiang ikan sembilang. Jika bercakap tentang kebun sayur-sayuran guru yang bertanggungjawab ialah Miss Wong dan Puan Marsita. Kalau bab jahit-menjahit pula cikgu yang pakar ialah CikMasmudah dan Cik Isniza. Kalau bab ternak menternak ikan ni Puan Asmah dan En. Abdullah. Tetapi kalau bab tukang-menukang En. Abdullah juga yang bertanggungjawab.

Mari kita tengok gambar-gambar di bawah untuk aktiviti murid sepanjang proses P & P. Harap entri kali ini akan lebih mendedahkan info tentang pergerakan aktiviti di Pendidikan Khas SMKSP.



1. Aktiviti Kelas Jahitan kendalian oleh Cikgu Masmudah dan Cikgu Isniza






2. Aktiviti menyiang ikan dikendalikan oleh Cikgu Asmah



3. Aktiviti berkebun kendalian Cikgu Marsita dan Cikgu Wong






4. Aktiviti membuat biskut kendalian Cikgu Huda Suhaily


Gambar-gambar di atas diambil sepanjang proses p & p di dalam kelas dan aktiviti berasaskan kemahiran hidup. Cuma yang tidak ada gambar adalah aktiviti masakan oleh murid.

0 sila tinggalkan jejak anda:

Post a Comment