Salam Lebaran... Masih lagi dalam mood hari raya, warga pendidikan khas SMKSP telah mengadakan majlis sambutan hari raya 2010 di Hotel Ancasa, MITC. Sempena majlis ini juga, kami turut meraikan pelajar-pelajar tahun akhir di Pendidikan Khas SMKSP. Mereka ialah Izzatul Najla, Saiful Bahri, Khalisah dan Mohd Hazwan. Majlis berlangsung dengan meriah dan nampak kegirangan serta keseronokan terpancar jelas di mata anak-anak istimewa ini. Pelbagai jenis juadah dan hidangan yang disediakan oleh pihak hotel. Majlis juga diserikan dengan persembahan koir dari pelajar -pelajar pendidikan khas dengan tema lagu hari raya.
KEMPEN KENALI UBAT ANDA
11 years ago
0 sila tinggalkan jejak anda:
Post a Comment