Thursday, October 21, 2010

PEMANTAUAN HARI Q

Bertemu lagi diruangan blogger P.Khas SMKSP. Kali ni entri berkenaan Hari Q. Sepanjang bulan Oktober ni sudah 2 kali kelas pendidikan khas didatangi oleh pemantau untuk menilai kelas kami. SMKSP telah dinilai melalui 2 kategori iaitu pentadbiran dan pengurusan serta projek khas.

Pemantauan ini berlangsung pada 6 Oktober 2010. Banyak perkara yang dinilai dan banyak juga yang perlu diperbaiki. Pegawai penilai yang hadir ialah En. Halis b. Ahmad dari SK Ayer Limau dan juga En. Mohd Som b. Baba dari Unit Pendidikan Khas.


Dibawah adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti pemantauan berlangsung. Pemantauan kali pertama :




Ustaz Hadir sedang memberi penerangan kepada En. mohd Som b. Baba




Pn. Asmah sedang menjelaskan tentang perkara yang dinilai










Nampaknya nasib menyebelahi kami kerana pemantauan kali ke-2 telah berlangsung pada 19 Oktober. Harap-harap ada la rezeki kami untuk menang. Jika tidak menang pun kami akan berusaha untuk membuat yang lebih terbaik pada masa akan datang.


Pemantauan kali kedua dinilai oleh Pn. Siti Jalilah bt Sharib (GPK SMK RAHMAT) dan Pn. Siti Saripah bt Jazuli ( Penyelaras SMK HANG KASTURI):


Pn. Siti Jalilah bt Sharib dan Pn. Siti Saripah bt Jazuli
Pemantau berbincang sesama sendiri

Terima kasih kepada pihak pemantau...

0 sila tinggalkan jejak anda:

Post a Comment